Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Kemaskini pada kali ini membawa cara baru untuk mencari peristiwa di perkongsian media dengan skrol pantas dan paparan kalender, aturan kelulusan pentadbir untuk link jemputan, tema bual global untuk ke seluruh aplikasi anda dan lagi.
Setiap pengguna Telegram mempunyai storan awan tanpa had – dan setiap bual ada halaman Media Dikongsi yang memaparkan semua foto, video, fail dan muzik yang telah dikirim ke sana. Kami telah menambah bar tarikh baru di bahagian tepi halaman, di mana anda boleh leret ke atas atau ke bawah untuk skrol media dikongsi dengan lebih pantas.
Untuk lebih jelas, picit untuk zum masuk dan keluar, supaya anda dapat lihat dari mana sekalipun dari 2 gambar kecil bersaiz besar ke beberapa dozen empat segi kecil pada setiap baris.
Untuk mencari media dari masa tertentu, tekan pada bar tarikh untuk buka interfes kalender dengan pratonton media untuk setiap hari – kemudian tekan untuk lihat semua media dari tarikh tersebut.
Selain dari alatan baru untuk lompat di antara masa lampau dan sekarang, anda kini boleh tapis media dikongsi untuk tunjuk hanya foto, hanya video atau kedua-duanya sekali.
Untuk lihat media dikongsi, tekan kepala di bahagian atas skrin anda di mana-mana bual dan skrol ke bawah. Untuk menu baru, tekan di Android atau di iOS.
Link jemputan membolehkan anda memberi pengguna kesempatan untuk sertai grup atau saluran anda menurut keselesaan mereka – samada anda kongsi link secara peribadi atau tukarnya kepada kod QR di atas papan iklan adalah terpulang kepada anda. Bila anda cipta link jemputan tambahan untuk bual anda, terdapat sekarang aturan untuk Mohon Kelulusan Pentadbir, yang memberi pentadbir lebih dari segi kawalan bagi siapa yang boleh sertai dan lihat bual.
Bila pengguna buka link dengan Kelulusan Pentadbir didayakan, mereka akan lihat butang untuk hantar permohonan menyertai yang pentadbir dapat uruskan dari bar baru di bahagian atas pada bual. Dari sana, pentadbir boleh lihat gambar profil awam dan bio pemohon, kemudian lulus atau tolak permohonan mereka.
Sebagai contoh, anda boleh pos link jemputan ke saluran sajak anda pada media sosial – kemudian benarkan hanya rakan karib anda dan mereka yang berwarna ungu untuk lihat penulisan anda.
Kelulusan pentadbir boleh dilakukan untuk mana-mana link di seksyen Link Jemputan Tambahan – kami juga ada menambah keupayaan untuk memberi ke semua link nama unik, supaya anda boleh menanda mereka untuk susunan yang lebih rapi.
Nama link akan menjadi sangat berguna jika anda mengguna kesemua opsyen yang berbeza untuk link jemputan, had pada tempoh, kekerapan penggunaan, dan lain-lain.
Kemaskini sebelum ini memperkenalkan 8 tema baru yang anda boleh set untuk bual peribadi – dan kini mereka tersedia untuk keseluruhan aplikasi di iOS (akan datang untuk Android). Aturan Keterampilan telah direka semula, membawa tema ini ke tengah pentas. Dicipta oleh Pasukan Telegram, setiap tema mempunyai mod Malam dan Siang, latar belakang berwarna-warni yang beranimasi dan belon mesej bergradien.
Seperti semua tema, anda boleh sesuaikan rekaan dan menukar warna atau tukar coraknya. Untuk lebih banyak opsyen dan aturan penyesuaian, tekan ‘Tema Bual’ untuk sunting dan kongsi ciptaan anda.
Anda boleh tunjuk di mana anda berada atau di mana anda sedang menuju dengan mengirim lokasi dari menu lampiran di bar mesej. Menekan lokasi dikongsi akan memaparkan peta kawasan – yang kini menunjuk anda waktu perjalanan untuk ke destinasi dengan berjalan kaki, kereta, atau kenderaan awam. Untuk lihat arah terperinci atau mendapatkan teksi ke lokasi, tekan pada tempoh perjalanan untuk membukanya di aplikasi kegemaran anda.
Waktu transit ditunjuk untuk kedua-dua statik dan lokasi langsung – agar anda dapat melihat berapa lama masa yang diambil untuk bertemu rakan anda sementara mereka masih dalam perjalanan.
Teks yang anda taip di bar mesej kini secara automatik ditukar menjadi kapsyen bila anda lampirkan media, supaya anda tidak lagi kena menaip atau memotong dan menampal yang anda baru tulis. Ini juga berfungsi dengan Draf Awan – supaya anda dapat menaip mesej anda di komputer, kemudian lampirkan foto dari fon anda dan kirim semuanya sekali gus.
Sudah pasti, kedua-dua masa transit dan kepsyen media segera akan ditambah ke aplikasi Android kami di kemaskini akan datang.
Aturan di iOS telah direka semula untuk mengikut gaya iOS 15, termasuk Aturan Notifikasi dan Stiker.Seksyen Peranti kini memberi gambaran yang lebih jelas mengenai sesi aktif anda dengan ikon baru - tekan mana-mana peranti untuk lihat dengan lebih terperinci atau log keluar darinya secara jarak jauh.
Ingat bahawa lokasi yang ditunjukkan untuk peranti anda adalah berdasarkan alamat IP mereka secara eksklusif. Data ini tidak selalunya tepat, jadi jangan terkejut jika komputer riba anda tiba-tiba pergi ke Qatar semasa anda sedang tidur.
Kemaskini ini memperkenal emoji berinteraktif baru. Kirim satu atau di mana-mana bual peribadi, kemudian tekan pada emoji untuk mengalami kesan skrin penuh yang menakjubkan.
Jika pasangan bual anda sedang membuka bualnya, anda berdua akan lihat dan rasa getarannya dalam masa yang sama.
Seperti mana yang anda ketahui dari kemaskini sebelum ini, keajaiban ini juga berfungsi dengan dan .
Musim sejuk di bahagian utara bumi akan menjelma, namun kemaskini kami seterusnya sedang berlumba dengan kedatangan musim sejuk. Jangan ke mana-mana!
3 November 2021
Pasukan Telegram